Friday 8 March 2013

PROGRAM BRIDGING 2013

Terdapat 5 subjek dalam Bridging 2013, iaitu :
a) Kimia
b) Fizik
c) Biologi
d) Geologi
e) Teknologi Maklumat

Berikut adalah ringkasan bagi setiap subjek:


KIMIA


Subjek kimia ini berkaitan dengan gabungan matapelajaran asas kimia utama iaitu kimia bukan organik, kimia organik, kimia fizik dan kimia analisis.
Asas kimia bukan organik dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu formula molekul, struktur atom, teori atom bohr, siri spektrum, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri.
Asas kimia fizik merangkumi tajuk keadaan gas, hukum gas, gas sahih, tekanan gas, teori kinetik gas, keadaan cecair, sifat cecair dan keadaan pepejal. 

Asas kimia organik pula berkenaan pengenalan asas mengenai sebatian organik, ikatan karbon, formula struktur dan keisomern.
Pada sesi kedua, peserta program di dedahkan berkenaan pengurusan makmal dan keselamatan makmal yang merangkumi:

1. Good Laboratory Practice
2. Introduction to 5's
3. Quality Management System
4. Safe Operating System Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control (HIRARC)


   


Pensyarah Pembimbing : Prof.Dr. Abd. Rahim Yacob
Fakulti : Sains
Jabatan : Kimia
Unit : Kimia Fizik
Samb. Telefon : 34505
Email : arahimyacob@utm.my

 

 

 

 

 

FIZIK


Konsep asas fizik berkaitan dengan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, simbol dan unit SI. Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas, kepersisan, kepekaan, kejituan, sisihan relatif dan ralat juga diperkenalkan.
Ia juga menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair, gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga iaitu merujuk kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan, momentum, suhu, haba, jarak, sasaran, had laju dan pecutan, jisim dan inersia, keradioaktifan dan isotop dan sumber-sumber tenaga yang lain.





Pensyarah Pembimbing : PM. Dr. Karim Deraman
Fakulti : Sains
Jabatan : Fizik
Unit : Fizik Bahan
Samb. Telefon : 34091
Email : karimderaman@utm.my




 

 

 

BIOLOGI


Subjek ini  mendedahkan tentang pengetahuan biologi asas. Prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali.Tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel hidup sebagai asas kehidupan, sel bakteria, pengkhususan dan perkembangan sel, fotosintesis dan respirasi, genetik perwarisan dan molekular juga genetik populasi.
Pelbagai jenis bakteria dan penggunaan serta kepentingannya kepada kehidupan seharian juga diperkenalkan. Pendedahan tentang cara-cara pewarnaan bakteria bagi mengelaskan bakteria dan penggunaan microskop untuk melihat mikroorganisma juga diperkenalkan kepada peserta.





Pensyarah Pembimbing : Dr. Alina Wagiran
Fakulti : Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan
Jabatan : Bioteknologi Dan Kejuruteraan Perubatan
Unit : Bioteknologi Dan Kejuruteraan Perubatan
Samb. Telefon : 34498
Email : alina@utm.my







Pensyarah Pembimbing : Dr.Fadzilah Abd. Manan
Fakulti : Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan
Jabatan : Biosains Dan Sains Kesihatan
Unit : Biosains Dan Sains Kesihatan
Samb. Telefon : 32717
Email : fazilah@fbb.utm.my







GEOLOGI


Subjek ini memperkenalkan konsep batuan, mineral dan fosil, sedimen, pembentukan 3 jenis batuan utama iaitu :
 - Batuan Igneus
 - Batuan Metamorfik
 - Batuan Endapan
Serta pengelasan, pengenalpastian dan pengurusan inventori batuan. Selain itu, kursus ini juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan teknik menyediakan keratin nipis, gilapan mineral bijih dan arang batu. Peserta juga diperkenalkan tentang proses-proses penghasilan batuan dan sedimen. 
    



Pensyarah Pembimbing : PM. Dr. Radzuan Junin
Fakulti : Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui
Jabatan : Kejuruteraan Petroleum
Unit : Kejuruteraan Petroleum
Samb. Telefon : 35732
Email :  r-razuan@utm.my






 

TEKNOLOGI MAKLUMAT


Subjek ini memperkenalkan cara-cara mengaplikasikan Microsoft Office seperti Microsoft Words, Microsoft Excel, Microsoft Power Point. Selain itu, ia juga menyentuh berkenaan etika profesional dan juga etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan terhadap sistem yang digunakan.
Dengan menggunakan Microsoft Office, peserta mendapat maklumat berkenaan penggunaan asas seperti membuka dan menghasilkan dokumen, menyimpan dokumen, tetapan, pengendalian, memasukkan muka surat baru, pengendalian grafik, merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan dokumen dengan menggunakan power point.
Selain itu, subjek ini juga menekankan isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, salah laku, etika profesional di alam maya dan penggodaman rangkaian internet dan komputer persendirian.
Disamping itu, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog, chat seperti yahoo messenger, social networking seperti dropbox, cloud computing, twitter, tagged, facebook dan email seperti yahoo mail, gmail, hotmail dan banyak lagi juga dibincangkan dalam kursus ini.  
 



Pensyarah Pembimbing : PM. Dr.Shahrizal Sunar
Fakulti : Sains Komputer Dan Sistem Maklumat
Jabatan : Grafik Komputer Dan Multimedia
Unit : Grafik Komputer Dan Multimedia
Samb. Telefon : 32321
Email : shahrizal@utm.my
   




Thursday 7 February 2013

Microsoft Surface Computing


TEKNOLOGI PERKOMPUTERAN AWAN


APAKAH ITU PERKOMPUTERAN AWAN?

-Perkomputeran awan ialah perkomputeran bagi generasi akan datang. Pengkomputeran awan membekalkan infra, data-data dan juga aplikasi sebagai servis.

PRO DAN KONTRA
  1. Keselamatan
  2. Skala dan kos
  3. Kebolehpercayaan
  4. Kekurangan kawalan
  5. Pilihan dan ketangkasan
  6. Lock in
  7. Perubahan pengurusan
  8. Generasi senibina seterusnya

Wednesday 6 February 2013

LAWATAN KE PUSAT INFORMASI ISKANDAR MALAYSIA


Lawatan ke Iskandar Malaysia Information Centre telah diadakan bagi tujuan Bridging penolong pegawai sains untuk tahun 2013. Berdasarkan dari pemerhatian kami, Iskandar Malaysia bersedia untuk menjadi rantau paling maju di Selatan Semenanjung Malaysia. Segala aspek kehidupan, hiburan, persekitaran dan perniagaan bergabung dalam Bandar yang membangun.
Iskandar Malaysia ini terletak dalam posisi strategik pada laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia dalam negeri Johor. Johor terletak di penghujung selatan semenanjung Malaysia. Kekayaan sumber asli dan manusia akan mendorong kejayaan Johor kelak. Kestabilan politik dan penerusannya yang tidak tergendala telah menyumbang kepada kemakmuran Johor.
Kedudukan Iskandar Malaysia ini juga berdekatan dengan pusat antarabangsa dan ekonomi pesat Singapura. Ia juga terletak di pusat rantau Asia dan persimpangan laluan perdagangan Timur-Barat menyediakan peluang lumayan dari ekonomi berkembang seperti Indonesia, China dan India. Terdapat dua laluan perhubungan jalan raya sera rangkaian rel memperuntukkan akses yang lancar.